Thursday, December 25, 2008

Gambar-Gambar Semasa Di Madinah dan Mekah

berdoa sebelum berangkat ke Tanah Suci
Di rumah kami, doa dari keluarga sebelum ke Tanah Suci. Terimakasih Pak Teh dan semua, kami selamat pergi dan balik.
fardhu haji

Sebelum ke Tanah Suci dan di Tabung Haji. Satu keluarga...mana Izaty? Siapa ingat?
blog haji
Bersama keluarga di Tabung Haji sebelum berlepas ke Tanah Suci
blog haji


'Peace' kepada semua peminat kami dalam dan luar negara!
Tabung Haji
Pak Teh dan Mak Teh semasa di Tabung Haji, menghantar kami nak ke Tanah Suci
menunaikan haji
Ayah dan mama pergi Mekah, jangan risau semua beres. Efi pula jaga Iki...beres
Sembahyang Jumaat
Selepas Sembahyang Jumaat di Masjid Nabi/Masjid Nabawi
masjid nabidi Madinah
Dengan rakan sebilik semasa di Madinah. Masa open house sempena hari raya puasa baru-baru ini, mereka suami-isteri datang ke rumah Paklong
menziarahi kubur
Menziarahi Perkuburan Baqi'...semasa lawatan di Madinah
membeli buah korma sebelum musim haji
Di antara program luar di Madinah yang diatur oleh TH Travel ialah membeli buah korma
shopping di madinah sebelum musim haji
Dengan seorang budak Arab semasa shopping di Madinah
dewan makan semasa di madinah
Di dewan makan di Hotel Anwar Al Madina Movenpick, tempat kami menginap semasa di Madinah
melawat bukit jabal sebelum musim haji
Mak Yong dengan berlatar belakang Jabal Rahmah
padang arafah sebelum musim haji
Semasa di Padang Arafah. Di belakangnya ialah kemah tempat maktab kami berkumpul semasa mendengar khutbah Arafah dan bersembahyang jumaah.
mendengar khutbah semasa di Arafah
Sedang mendengar khutbah Arafah yang disediakan oleh pihak Tabung Haji.
di padang arafah
Semasa dalam kemah di Arafah.
di padang Arafah
Dengan kawan Paklong, En Saad semassa di Arafah.
semasa di arafah
Waktu makan tengahari di Arafah. Tengok, buah apa yang Paklong tengah makan tu?
muzdalifah
Waktu pagi di Muzdalifah, iaitu selepas bermalam di sana. Ia menunggu bas untuk ke Mina.
muzdalifah
Di Muzdalifah, waktu pagi, menunggu bas untuk ke Mina
mina
Dalam kemah di Mina
Mina
Masih berihram sewaktu Di Mina
melontar di mina
Perjalanan untuk pergi melontar Jamrah Aqabah
dalam kemah di Mina
Dalam kemah di Mina, selepas Tahallul Awal (dah tak pakai pakaian ihram)
mina
Berlatar belakang betul-betul tempat melontar
kabah
Kaabah semasa musim Haji. Ramai yang sedang tawaf. Tawaf Haji dibuat selepas kami balik daripada Mina
Sai di Mekah
Sedang bersa'ie. Sa'e dilakukan selepas membuat Tawaf haji.

Pemandangan di depan Kaabah selepas sembahyang Subuh
kabah
Mak Yong di depan Kabah, selepas bersembahyang dan masa nak balik ke hotel
masjid mekah
Dalam masjid Mekah
masjidi-Haram
Di Depan Masjid Mekah
tawaf di Kaabah
Pemandangan Tawaf di waktu selepas subuh. Ada yang membuat Tawaf Sunat atau Tawaf bagi mereka yang mengerjakan Umrah Sunat.
shopping
Sempat juga shopping selepas balik dari Masjid
mina
Antara program luar di Mekah ialah melawat kawasan Mina (sebelum aktiviti haji)
rumah nabi
Menziarahi rumah nabi (dibelakang bangunan puteh) yang sekarang menjadi sebuah perpustakaan

Lawatan di sekitar Mekah dengan TH Travel
zubir
Kami jumpa Zubir, Intan, Maksu dan Paksu di sebuah tempat makan di Mekah. Zubir ada kata pada Pak Long, Tok Bidin minta cari dan jumpa dengan kami.
Red Sea Palace Hotel
Kami bermalam di Red Sea Palace Hotel, Jeddah, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur
Depan Read Sea Palace Hotel
Bergambar di hadapan Read Sea Palace Hotel, iaitu hari ketibaan di Jedah sebelum balik ke KL
Jalan Jalan di Jeddah
Dengan kawan-kawan, jalan-jalan di Jeddah, iaitu sebelum menaiki pesawat balik ke KL

Sponsor Link
Proven Ways to Make Money on the Internet

Saturday, December 13, 2008

Klip Video Semasa di Madinah dan Mekah

1. Kami Ke Madinah Dahulu

Penerbangan pergi kami daripada KLIA adalah terus ke Madinah. Pada masa itu ramai saudara-mara yang menghantar kami di Tabung Haji. Pak Long & Mak Long ingin merakamkan sekali lagi ucapan terimakasih kepada semua sanak saudara walaupun ia dah setahun berlalu.

Penerbangan ke Madinah adalah tengah malam, iaitu kira-kira jam 1 pagi. Semasa dalam perjalanan ke Madinah, lampu dalam kapal terbang dipadamkan, jadi Pak Long rasa semua orang tidur. Kami bersembahyang subuh dalam kapal terbang iaitu mengikut cara-cara yang diajarkan semasa kursus haji. Untuk makluman, kami telah membuat kursus haji selama 16 minggu di Masjid Saidina Osman, Bandar Tun Razak.

Selepas lapan jam penerbangan, kami pun sampai ke Madinah, iaitu kira-kira jam jam 8.00 pagi waktu di sana.

Di Madinah kami tinggal di sebuah hotel yang hanya beberapa kaki sahaja daripada Masjid Nabi atau dipanggil Masjid Nabawi. Di Madinah, tugas harian kami ialah ke masjid bagi melakukan aktiviti harian iaitu sembayang wajib berjemaah dan membuat amalan sunat lain seperti berzikir, sembahyang taubat, dan lain-lain aktiviti sunat.

Sudah menjadi amalan, bakal-bakal haji akan berusaha membuat sembahyang 40 waktu berjemaah di Masjid Nabi.

Pak Long dan Mak Yong akan pergi bersama ke masjid. Bila masuk ke masjid, kami akan menyimpan selipar dalam uncang dan membawa sekali ke dalam masjid dan meletakkan di mana-mana rak kasut yang disediakan. Untuk mengelak lupa, biasanya kami meletak selipar di rak yang berdekatan dengan saf sembayang.

Ada sekali, uncang kasut Pak Long hilang, tapi Pak Long ingat mesti ada orang tersalah ambil. Jadi, Pak Long pergi jalan-jalan dalam masjid selama 5-10 minit. Apabila datang balik, uncang kasut Pak Long ada, dan Pak Long bersyukur.

Apabila balik daripada masjid, Pak Long dan Mak Yong akan bertemu di luar pintu masjid yang dijanjikan (ini kerana ada beberapa pintu di Masjid Nabi yang kena ingat).

Semasa di hotel, khususnya selepas zohor atau isya (biasa selepas makan), kami kerap diberi ceramah oleh pihak Tabung Haji (TH Travel) mengenai rukun, wajib dan sunat haji. Jadi, Pak Long berpendapat semua jemaah haji memang faham mengenai pengerjaan haji.

Pak Long dan Mak Yong ucap syabas kepada Tabung Haji, khususnya TH Travel.

Semasa di Madinah, pihak TH Travel telah mengatur bagi membolehkan kami melawat tempat-tempat bersejarah termasuk makam Nabi,sahabat-sahabat beliau dan kubur-kubur pahlawan Islam.


Video Klip: Kota Madinah


2. Mengerjakan Umrah Haji

Kami membuat Haji Tamattu', jadi kami akan membuat Umrah wajib dahulu sebelum membuat rukun dan wajib haji.

Setelah kira-kira seminggu di Madinah, sudah sampailah masanya kami bertolak ke Mekah. Oleh kerana kami akan membuat umrah dahulu, kami berpakaian ihram dan sembahyang sunat ihram di bilek masing-masing. Waktu hendak bertolak ke Mekah ialah hampir zohor. Selepas sembahyang jama zohor dan asar kami ke Mekah dengan bas.

3. Berniat Ihram Umrah di Miqat Bir Ali

Dalam perjalanan ke Mekah, bas kami singgah sekejap di Miqah Bir Ali. Ia tidak berapa jauh daripada Madinah, kira-kira 1 jam perjalanan. Kami singgah di sebuah masjid, sembahyang sunat dua rakaat dan memasang niat ihram umrah.

Selepas itu, kami naik balik ke bas dan meneruskan perjalanan ke Mekah. Dalam bas, kami ramai-ramai mengucap Talbiyah. Adalah satu dua orang yang menjadi ketua bagi membaca Talbiyah.

Kami sampai di Mekah waktu magrib dan terus ke bilik hotel masing-masing. Kawan sebilik Pak Long (termasuk Pak Long) adalah 4 orang. Semua kawan sebilik adalah orang Terengganu. Bilik Mak Long di tingkat yang sama dan kawan bilinya (termasuk Mak Long) adalah 3 orang. Pada malam itu dan subuh kami tidak ke masjid Mekah sebab belum faham laluan ke masjid.

Hotel kami dengan Masjid hanya kira-kira 200 meter sahaja. Pada pagi esoknya selepas sarapan kami dengan jemaah yang lain secara berkumpulan pergi menyempurnakan umrah haji. Dengan berpakaian ihram, kami pergi mengelilingi kaabah 7 kali, bersai' dan penghabisan sekali bergunting (potong rambut lebih kurang 3 inci tidak kurang 3 helai). Maka sempurnalah umrah haji kami mengikut tertibnya. Kami berdoa semoga umrah haji kami itu diterima Allah.

Selepas mengerjakan umrah wajib, maka masa kami ialah ke masjid untuk sembahyang berjemaah dan membuat perkara-perkara sunat dengan berpakaian biasa (sebab umrah haji dah selesai).


4. Wukuf di Padang Arafah [Rukun Haji]

Apabila sampai masanya iaitu pada 8 Zulhijjah dan selepas mengerjakan sembahyang jama zohor dan asar kami menaiki bas ke Padang Arafah untuk berwukuf. Kami berpakaian ihram. Kami telah diingatkan oleh TH Travel supaya berniat haji apabila bas bergerak daripada hotel menuju ke Arafah.

Kami sampai di Arafah waktu Magrib dan terus ke kemah masing-masing. Selepas sembahyang jama magrib dan isya di kemah masing-masing, maka pada malam itu kami berkumpul di kemah besar dan membuat amalan-amalan sunat termasuklah sembahyang tasbih secara berjemaah.

Pada subuhnya, kami bersembayang secara jemaah di kemah tersebut.

Pada sepanjang siang hari 9 Zulhijjah kami berkumpul di kemah mengerjakan ibadat sunat masing-masing. Pada waktu tengah hari kami mendengar khutbah daripada pihak Tabung Haji. Kami juga sembahyang zohor, asar, magrib dan isya secara berjemaah.

5. Bermalam di Muzdalidah [Wajib Haji]

Selepas berada di Arafah satu hari(9 Zulhijjah), maka pada tengah malamnya lebih kurang jam 11 malam kami bersiap sedia untuk pergi ke Muzdalifah untuk bermalam.

Di Muzdalifah, kami jemaah haji mengutip batu tidak kurang 85 biji (7 biji x 3 kali baling x 4 kali pergi)seorang. Kami menggunakan lampu picit bagi memilih 'batu-batu yang baik' dan menyimpannya ke dalam uncang. Batu-batu yang dipilih hanya sebesar kelingking jari dan diambil daripada keliling tempat duduk kami sahaja!

Batu-batu juga boleh diambil masa di Mina nanti (tak semesti di Muzdalifah) tetapi kami dinasihatkan oleh Tabung Haji supaya mengambil batu di Muzdalifah kerana ia senang dapat. Memang betul nasihat Tabung Haji itu. Ini kerana ada kawan-kawan Pak Long yang ambil sikit batu di Muzdalifah, mereka susah nak cari batu di Mina. Ada kawan Pak Long kata mereka kena pergi ke bukit berdekatan untuk cari batu. Tapi Pak Long tak dapat tolong bagi batu kerana Pak Long pun ambil cukup-cukup.

Kami tidur di Muzdalifah (seperti gambar pada video)hingga ke subuh. Kalau di Mina kami tidur di kemah, tetapi di Muzdalifah kami tidur beratapkan langit. Tetapi ia tidak ada masalah kerana ia duduk hanya sebahagian daripada malam sahaja (lebih kurang 5-6 jam sahaja).

Kami sempat sembahyang subuh di Muzdalifah, iaitu di atas padang dan sejadah yang kami bawa. Di kawasan Muzdalifah memang ada bilik-bilik air. Jadi ia tidak ada masalah, tetapi kena beratur sekejap.

Cuaca pada malam tersebut sehingga subuh agak dingin dan menyegarkan.


Video Klip:Bermalam di Muzdalifah



Video Klip:Selepas waktu Subuh di Muzdalifah


6. Mabib di Mina dan Melontar Jumrah Kubra[Wajib Haji]

Selepas bermalam di Muzdalifah, maka siangnya kami menaiki bas menuju ke Mina. Pada hari itu, ada kesesakan dan kami sampai di Mina lebih kurang 11 pagi. Kami terus pergi ke kemah masing-masing.

Sambil-sambil tu, kami cuci dengan air batu-batu yang dikutip semasa di Muzdalifah. Ini kerana masa dicuci baru kita pasti ia betul-betul 'batu'. Ini kerana ada yang kami ambil macam batu tetapi ia macam belerang. Apabila dicuci ia pecah. Nasib baik Pak Long dan Mak Long ambil batu lebih sikit.

Pada malamya,iaitu kira jam 11 malam, kami pergi melontar Jamratul Aqabah atas nasihat Tabung Haji. Kalau siang, takut sesak dengan jemaah daripada negara-negara lain.

Kami dengan jemaah haji yang lain pergi dengan berjalan kaki. Ia tidak jauh, hanya kira-kira satu jam perjalanan. Kami bawa batu lebih 25 biji dalam uncang [7x3=21 dan 3 biji simpanan takut terjatuh masa melontar atau baling tak sampai!)

7. Bergunting/Bercukur (Tahallul Awal)[Rukun Haji]

Selepas melontar Jamratul Aqabah, kami pergi bergunting. Ramai juga kawan Pak Long yang berbotak. Pak Long hanya bergunting, iaitu dengan menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut sahaja. Selepas bergunting, kami menanggalkan pakaian ihram, pergi mandi dan berpakaian biasa.

8. Bermalam di Mina dan Melontar ketiga-tiga Jamrah [Wajib Haji]

Selepas melontar Jumrah Kubra dan dengan berpakaian biasa, maka kami pergi melontar ketiga-tiga jamrah selama 3 hari iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.


Video Klip:Melontar di Mina


9. Tawaf dan Sa'ie Haji [Rukun Haji]

Setelah selesai bermalam dan melontar di Mina, maka pada siang 13 Zulhijjah, kami menaiki bas balik ke Mekah. Kami balik ke hotel dahulu. Pada esoknya, Pak Long dan Mak Yong pergi membuat Tawaf Haji dan Sa'ie Haji. Maka selesailah ibadah haji kami mengikut rukun dan wajib haji yang ditetapkan.

Oleh kerana penerbangan ke tanah air lebih kurang dua minggu lagi, maka kebanyakan masa kami ialah di Masjid Mekah. Kami juga sempat membuat 3 kali umrah sunat. Kami juga pergi shopping membeli cendarahati untuk keluarga di Malaysia.

10. Tawaf Wada'[Wajib]

Pada hari terakhir di Mekah iaitu pagi, hanya beberapa jam sebelum menaiki bas ke Jedah untuk pulang ke KL, kami melakukan Tawaf Wada' atau "tawaf selamat tinggal". Pak Long rasa ia adalah saat yang sedih kerana ia mungkin kali terakhir Pak Long melihat kaabah. Masa menulis para ini pun, Pak Long rasa berlinang air mata mengingatnya!

Dengan Tawaf Wada', maka sempurnalah amalan rukun dan wajib haji. Kami berdoa semoga kepada Allah supaya haji kami sempurna dan diterima Allah.

Di Jedah kami tinggal di hotel tetapi beberapa jam sahaja. Ini kerana pada malamnya kami akan menaiki pesawat balik ke KL.



Video Klip:Kabah



11. Aktiviti-Aktiviti Semasa di Madinah dan Mekah

Peritiwa ibadat haji iaitu rukun dan wajib haji hanya memakan beberapa hari sahaja, sedangkan kami berada di Mekah dan Madinah selama lebih kurang 40 hari. Jadi keseluruhan masa adalah di masjid bagi menunaikan sembayang fardu berjemaah dan sembahyang sunat.

Kami pergi dengan TH Travel (anak syarikat Tabung Haji), jadi pihak TH Travel telah menyusun aktiviti luar iaitu melawat tempat-tempat bersejarah. Jadi dalam perjalanan, pihak TH Travel telah singgahkan kami di tempat "shopping" yang terkenal bagi membeli buah korma, buah zaiton dan kismis.


Video Klip:Balik dari Masjid Makkah



Video Klip:Pemandangan Kota Mekah



Video Klip:Kota Makkah Waktu Malam



Video Klip:Kota Makkah Waktu Selepas Isya



Video Klip:Lagi Pemandangan Di Kota Mekah


11. Melawat Tempat Bersejarah

Di Madinah dan Makkah sambil mengerjakan ibadat, biasanya kita mengambil peluang melawat tempat-tempat bersejarah di Madinah dan Makkah.


Video Klip:Melawat Tempat Sejarah



Video Klip:Lagi Tempat Sejarah



Video Klip:Lagi tempat sejarah



Video clip:Di Bukit Jabal Rahmah



Video Klip:Lagi Pemandangan di Jabal Rahmah



Video Klip:Melawat di Persekitaran 'Rumah Nabi'



How to Become Professional Blogger

Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia