Showing posts with label arafah. Show all posts
Showing posts with label arafah. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

Haji Mabrur

Haji Mabrur
Khutbah Jumaat - 12 Disember 2008
Sumber: Jabatan Ugama Islam Selangor (JAIS)


Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah s.w.t, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh kemuliaan dan berkat ini, mudah-mudahan kita akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti ibadat dengan rasa penuh khusyuk dan tawadhuk, sebagai bukti kesyukuran kita diatas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah s.w.t, disamping berazam dan berusaha untuk menziarahi Baitullah al-haram di masa masa yang akan datang.

Ibadat haji banyak mengajar manusia menjauhi segala bentuk sandaran dan harapan kecuali kepada Allah, bersandarkan kepada Allah, kerana semua itu adalah kurnia Allah. Demikianlah adab utama untuk menjadi tetamu Allah. Setiap orang mestilah menyucikan hati dari pergantungan hidupnya selain Allah, kerana mereka sudah berada dihadapan Allah.

Sesiapa yang sudah berada dihadapan kaabah, mereka sudah menjadi tetamu Allah, mereka dijemput Allah supaya dapat mengambil segala hikmah dan pengajaran dari apa yang telah mereka saksikan sepanjang mereka beribadat ditanah suci, kemudian mereka akan kembali dengan haji yang mabrur. Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 27-28:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah tuhan) Mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus (kerana lamanya perjalanan), yang datangnya dari pelbagai jalan (dan corak rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah ke[ada mereka....."


Hadirin Jumaat yang dirahmati Allah,

Setiap pengunjung rumah Allah, wajib berukuf dipadang Arafah, iaitu tempat nabi Adam a.s dan hawa dipertemukan Allah. Mereka memohon keampunan dan bertaubat setelah diturunkan ke dunia, kerana memakan buah larangan Allah. Adam a.s diperintah Allah menjadi khalifah mentadbir bumi.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30:

"Dan (ingatlah, wahai Muhammad) ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi".

Ayat tersebut merupakan peristiharan Allah kepada malaikat, tentang pentingnya perlantikan seorang khalifah memikul amanah, untuk mentadbir bumi dengan syariat yang diwajibkan kepada manusia. Malangnya peristiharan itu dibantah keras oleh iblis.

Firman allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 34:

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah (tunduklah dengan membongkokkan badan sebagai memberi penghormatan) kepada nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan iblis; ia enggan dan takbur, serta ia menjadi sebahagian daripada golongan yang kafir".

Semenjak daripada peristiwa keingkaran iblis, maka para malaikat pun melakukan tawaf di Baitul Dhurrah di Baitul Makmur, sebagai bantahan kepada sikap iblis yang enggan dan sombong. Lantaran itu mereka diperintah untuk membina rumah-rumah Allah di setiap lapisan atau tingkat langit.

Adam a.s pula diperintah oleh Allah supaya membina rumah Allah di bumi ini iaitu Baitullah. Adam a.s melakukan tawaf sebagaimana malaikat bertawaf di Baitul Dhurrah. Inilah hikmah umat Islam diperintah untuk bertawaf seperti tawafnya malaikat dan Adam a.s.

Tawaf adalah lambang penyesalan dan taubat nabi adam terhadap Allah, lalu taubatnya nabi Adam terhadap Allah, lalu taubatnya diterima Allah. Oleh itu, tawaf dan ihram adalah lambang pengabadian diri, taat setia dan patuh terhadap perintah Allah, tidak seperti enggan dan sumbangan sikap iblis yang suka membantah.

Tawaf memberi pengajaran bahawa apa pun bentuk kehidupan yang dilalui, seperti kehidupan berkeluarga mestilah terikat dengan syariat allah, kehidupan bermasyarakat mestilah berlandaskan syariat Allah. Aktiviti ekonomi, urusniaga jualbeli, mencari rezeki mestilah selaras dengan syariat Allah, kehidupan siasah, bernegara, berorganisasi, mestilah tunduk kepada syariat Allah. Inilah tuntutan daripada pengajaran tawaf untuk haji yang mabrur.


Hadirin sidang jumaat yang dirahmati allah,

Umat Islam wajib meletakkan syaitan sebagai musuh utama, kerana syaitan adalah musuh Allah. Kita diperintah melontar syaitan itu di jamrah seperti nabi Allah Ibrahim a.s melontarnya ditiga-tiga jamrah. Dengan haji yang mabrur, umat Islam mampu membawa perubahan dan pembangunan, kerana haji yang mabrur memberi semangat jihad yang kental. Haji mabrur itu bukan sekadar membawa perubahan pada diri, tetapi juga mampu membawa perubahan kepada masyarakat, keluarga dan seterusnya menjadi warga yang baik, soleh, bertakwa dan mendapat pengampunan allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Dosa yang berlaku diantara dua imarah adalah telah dihapuskan, dan tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga".


Sidang jumaat yang dimuliakan Allah,

Manusia akan selamat jika akalnya digunakan dengan sempurna dan merujukkan semua keputusan dan tindakannya kepada syariat Allah. Sebaliknya, manusia akan binasa jika nafsu menguasai dirinya, tamak kepada harta, pangkat, wang ringgit dan ingin disanjung oleh manusia, maka biar pun dia berada dihadapan kaabah, hajinya hanyalah haji yang mardud (haji yang ditolak).

Sohibuzzubad telah berkata:

"Sesiapa yang membuat apa sahaja amalan atau perbuatan tanpa ilmu pengetahuan yang betul, maka segala amalannya tidak diterima".

Haji mardud, bererti ibadat hajinya tidak memberi perubahan yang baik dirinya, tidak membawa apa-apa perubahan pada keluarga dan masyarakatnya. Ini bererti, tidak ada pengajaran dapat diambil dari lontarannya di jamrah. Sekiranya sifat-sifat buruk, syirik dan keji itu masih ada dalam dirinya, maka itu adalah menggambarkan bahawa hajinya dalah haji yang mardud.

Hadirin jumaat yang dimuliakan Allah,

Sebagai tetamu Allah yang menyaksikan kesan sejarah para anbiak, sejarah nabi adam a.s dengan kaabah dan arafah, sejarah nabi Ibrahim a.s, sejarah nabi Ismail a.s di Mina dan Siti Hajar di Shofa dan Marwah, sejarah nabi Muhammad s.a.w di Mekah dan Madinah adalah sebagai sebuah bingkisan yang lebih berharga dari tamar, air zam-zam, tasbih yang menjadi bingkisan hadiah dari setiap orang haji yang kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur. Begitulah sempurnanya sunnah Allah, menjadi syariat yang diperjuangkan oleh semua para anbiak untuk dibawa peluang sebagai bingkisan bagi mereka yang mendapat haji yang mabrur.

"Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk dialam ini".
(Ali-Imran ayat 97)

Ya Allah, Engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkabajikan. Justeru kami pohon kehadratmu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.


Sumber: http://www.jais.gov.my/

Sunday, August 9, 2009

Ibadat Haji

Senarai Semak Ibadat Haji (Bagi Haji Tamattu')
(Sumber: Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji)

UMRAH
1. Mandi sunat ihram ---> sunat
2. Memakai pakaian ihram ---> wajib
3. Sembahyang sunat ihram ---> sunat
4. Niat umrah ---> rukun
5. Berniat di miqat ---> wajib
6. Bertalbiah ---> sunat
7. Menjaga larangan ihram ---> wajib
8. Tawaf umrah ---> rukun
9. Sa'ie umrah ---> rukun
10. Bercukur/bergunting ---> rukun
11. Tertib umrah ---> rukun

HAJI

Pada 8 Zulhijjah

1. Mandi sunat ihram ---> sunat
2. Memakai pakaian ihram ---> wajib
3. Sembahyang sunat ihram ---> sunat
4. Berniat haji di Makkah ---> rukun
5. Bertalbiah ---> sunat
6. Menjaga larangan ihram ---> wajib

Pada 9 Zukhijjah

1. Wuquf di Arafah ---> rukun
2. Khutbah Arafah (setelah zohor) ---> sunat
3. Solat zohor ---> wajib
4. Doa Arafah ---> sunat
5. Banyakkan amalan sunat ---> sunat

Pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah

1. Mabit di Muzdalifah (selepas separuh malam) ---> wajib
2. Mengutip 7 biji anak batu di Muzdalifah ---> sunat
3. Melontar al-Jamrah al-Kubra pada 10 Zulhijjah ---> wajib
4. Becukur/bergunting (Tahallul awwal) ---> rukun
5. Mabit di Mina pada 11 Zulhijjah ---> wajib
6. Melontar tiga jamrah pada 11 Zulhijjah ---> wajib
7. Mabit di Mina pada 12 Zulhijjah ---> wajib
8. Melontar tiga jamrah pada 12 Zulhijjah (nafar awwal)---> wajib
9. Mabit di Mina pada 13 Zulhijjah ---> wajib
10. Melontar tiga jamrah pada 13 Zulhijjah (Nafar Thani) ---> wajib
11. Tawaf Haji ---> rukun
12. Sa'ie Haji (Tahallul Thani) ---> rukun

Sponsor Link
Why Blog? The Purpose of Blogging

Thursday, December 25, 2008

Gambar-Gambar Semasa Di Madinah dan Mekah

berdoa sebelum berangkat ke Tanah Suci
Di rumah kami, doa dari keluarga sebelum ke Tanah Suci. Terimakasih Pak Teh dan semua, kami selamat pergi dan balik.
fardhu haji

Sebelum ke Tanah Suci dan di Tabung Haji. Satu keluarga...mana Izaty? Siapa ingat?
blog haji
Bersama keluarga di Tabung Haji sebelum berlepas ke Tanah Suci
blog haji


'Peace' kepada semua peminat kami dalam dan luar negara!
Tabung Haji
Pak Teh dan Mak Teh semasa di Tabung Haji, menghantar kami nak ke Tanah Suci
menunaikan haji
Ayah dan mama pergi Mekah, jangan risau semua beres. Efi pula jaga Iki...beres
Sembahyang Jumaat
Selepas Sembahyang Jumaat di Masjid Nabi/Masjid Nabawi
masjid nabidi Madinah
Dengan rakan sebilik semasa di Madinah. Masa open house sempena hari raya puasa baru-baru ini, mereka suami-isteri datang ke rumah Paklong
menziarahi kubur
Menziarahi Perkuburan Baqi'...semasa lawatan di Madinah
membeli buah korma sebelum musim haji
Di antara program luar di Madinah yang diatur oleh TH Travel ialah membeli buah korma
shopping di madinah sebelum musim haji
Dengan seorang budak Arab semasa shopping di Madinah
dewan makan semasa di madinah
Di dewan makan di Hotel Anwar Al Madina Movenpick, tempat kami menginap semasa di Madinah
melawat bukit jabal sebelum musim haji
Mak Yong dengan berlatar belakang Jabal Rahmah
padang arafah sebelum musim haji
Semasa di Padang Arafah. Di belakangnya ialah kemah tempat maktab kami berkumpul semasa mendengar khutbah Arafah dan bersembahyang jumaah.
mendengar khutbah semasa di Arafah
Sedang mendengar khutbah Arafah yang disediakan oleh pihak Tabung Haji.
di padang arafah
Semasa dalam kemah di Arafah.
di padang Arafah
Dengan kawan Paklong, En Saad semassa di Arafah.
semasa di arafah
Waktu makan tengahari di Arafah. Tengok, buah apa yang Paklong tengah makan tu?
muzdalifah
Waktu pagi di Muzdalifah, iaitu selepas bermalam di sana. Ia menunggu bas untuk ke Mina.
muzdalifah
Di Muzdalifah, waktu pagi, menunggu bas untuk ke Mina
mina
Dalam kemah di Mina
Mina
Masih berihram sewaktu Di Mina
melontar di mina
Perjalanan untuk pergi melontar Jamrah Aqabah
dalam kemah di Mina
Dalam kemah di Mina, selepas Tahallul Awal (dah tak pakai pakaian ihram)
mina
Berlatar belakang betul-betul tempat melontar
kabah
Kaabah semasa musim Haji. Ramai yang sedang tawaf. Tawaf Haji dibuat selepas kami balik daripada Mina
Sai di Mekah
Sedang bersa'ie. Sa'e dilakukan selepas membuat Tawaf haji.

Pemandangan di depan Kaabah selepas sembahyang Subuh
kabah
Mak Yong di depan Kabah, selepas bersembahyang dan masa nak balik ke hotel
masjid mekah
Dalam masjid Mekah
masjidi-Haram
Di Depan Masjid Mekah
tawaf di Kaabah
Pemandangan Tawaf di waktu selepas subuh. Ada yang membuat Tawaf Sunat atau Tawaf bagi mereka yang mengerjakan Umrah Sunat.
shopping
Sempat juga shopping selepas balik dari Masjid
mina
Antara program luar di Mekah ialah melawat kawasan Mina (sebelum aktiviti haji)
rumah nabi
Menziarahi rumah nabi (dibelakang bangunan puteh) yang sekarang menjadi sebuah perpustakaan

Lawatan di sekitar Mekah dengan TH Travel
zubir
Kami jumpa Zubir, Intan, Maksu dan Paksu di sebuah tempat makan di Mekah. Zubir ada kata pada Pak Long, Tok Bidin minta cari dan jumpa dengan kami.
Red Sea Palace Hotel
Kami bermalam di Red Sea Palace Hotel, Jeddah, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur
Depan Read Sea Palace Hotel
Bergambar di hadapan Read Sea Palace Hotel, iaitu hari ketibaan di Jedah sebelum balik ke KL
Jalan Jalan di Jeddah
Dengan kawan-kawan, jalan-jalan di Jeddah, iaitu sebelum menaiki pesawat balik ke KL

Sponsor Link
Proven Ways to Make Money on the Internet